Tuesday 20 October 2015

Penghakiman dan Persediaan Laluan PPDa peringkat Kebangsaan

Penghakiman dan penjurian Laluan PPDa telah diadakan pada 19 November 2015. Ia adalah kemuncak kepada pertandingan Laluan PPDa yang disertai oleh SMKUJ bermula awal tahun 2015, dari peringkat daerah, ke peringkat negeri dan kini di peringkat kebangsaan.

Barisan hakim dan pihak sekolah bergambar kenang-kenangan

Penyertaan SMKUJ dalam pertandingan ini tidak dilalui dengan laluan mudah. Laluan yang ditempuhi sangat sukar. Ia bermula sejak awal tahun lagi, apabila pihak sekolah mendapat kerjasama daripada pihak MNRB untuk menyumbangkan dana permulaan bagi membangunan Laluan berkonsepkan anti-dadah ini.

Semenjak daripada itu, SMKUJ tidak pandang ke belakang dan berterusan berusaha membangunkan projek ini. Laluan ini turut mendapat bantuan dan kerjasama pelbagai pihak, terutama PIBG SMKUJ, Penjara Jelebu, Jabatan Penerangan Jelebu, Jabatan Kesihatan Jelebu, JAKIM Jelebu dan sebagainya yang turut sama memberikan sumbangan dari sudut bahan, kewangan dan kepakaran masing-masing.

Usaha daripada para guru dan pelajar serta ibu bapa turut perlu diberi perhatian. Berada di barisan hadapan, mereka berusaha menyiapkan Laluan PPDa ini siang dan malam, pagi dan petang. Ia adalah komitmen besar yang ditunjukkan oleh mereka.

En Asang (kiri) turut sama membantu

Pengetua (kanan) juga bersama-sama turun padang

En Ramli (dua dari kiri) bersama anak-anaknya
Pelajar membantu di waktu petang dan hari minggu

Bekas pelajar turut menyumbang kepakaran melukis
Guru bertukus-lumus di waktu malam
Barisan Pengawas Laluan PPDa
Semoga SMKUJ beroleh kejayaan dalam pertandingan ini. Dan yang lebih penting, semoga Laluan PPDa ini memberi impak dalam menjauhkan pelajar daripada terjebak dalam gejala dadah.

Tuesday 8 September 2015

PAJSK

Ikut arahan berikut:

1) Sila download fail berikut.

PAJSK

2) Save di desktop komputer

3) Masukkan data seperti yang ditaklimatkan oleh GPK Kokurikulum.

4) Save fail.

5) Upload fail ke emel masing-masing dan hantar ke emel rasmi sekolah (neb0026@ppdjempoljelebu.net)

* Sebarang persoalan, sila ajukan kepada Puan Rosnah binti Tabri, GPK Kokurikulum.

Wednesday 25 March 2015

Pertandingan Catur Peringkat Daerah

Pada 12 Mac 2015, Pertandingan Catur Peringkat Daerah telah diadakan di Dewan Karisma SMK Undang Jelebu. Dalam pertandingan ini pasukan catur SMKUJ telah mendapat tempat ke-3 berpasukan bagi kategori P18.

Bagi P18

-Naib Johan : Nor Farhana
-Tempat ke-4 : Nur Athirah
-Tempat ke-8 : Siti Hanisah

Bagi P15 

-Tempat ke-7 : Siti Norakidah

2 pelajar telah dipilih untuk mewakili Jelebu ke peringkat negeri.


KEM KRK FASA 1

Pada 30 dan 31 januari 2015, Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu , telah mengadakan kem KRK Fasa 1 selama dua hari satu malam . Pelajar yang terlibat ialah pelajar KRK tingkatan 1,2 dan 3 . Kem ini diadakan di Pusat Pemantapan Akidah , Jelebu . Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan prestasi dan potensi pelajar - pelajar KRK untuk lebih cemerlang dari segala aspek .

Terdapat pelbagai aktiviti yang bermanfaat  dijalankan disana . Dalam setiap aktiviti-aktiviti berikut , mereka banyak menekankan sifat bekerjasama dalam sesebuah kumpulan . Program ini dikendalikan oleh Puan Nurul Aisyah binti Muhd Zake selaku ketua bagi setiap kelas KRK.

Pada hari kedua, semua pelajar diminta bangun awal untuk program qiamullail bersama-sama. Aktiviti qiamullail di ketuai oleh ustaz Zool Hilmi bin Suhaimi. Beliau mengakhiri program qiamullail dengan sedikit ceramah. Kemudian, semua pelajar diminta berkumpul di dewan untuk membuat aktiviti senamrobik.

Pada jam 2:30 petang, ibu bapa pelajar telah datang ke Pusat Pemantapan Akidah untuk membawa anak-anak mereka pulang ke rumah. Semua pelajar mengemas bilik dan memulangkan cadar ke dewan dan pelajar di benarkan pulang bersama ibu bapa masing-masing.


Wednesday 4 March 2015

Kaligrafi Sempena Tahun Baru Cina

  Pada 27 Februari yang lalu, Persatuan Bahasa Cina telah menganjurkan Pertandingan Kaligrafi. Semua pelajar Cina telah menyertai pertandingan tersebut. Beberapa orang pelajar Melayu juga berminat dan menyertai pertandingan ini untuk menyokong pertandingan ini. Pertandingan ini diadakan di Dewan Karisma Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu. Semua murid yang mengambil bahagian membuat dengan bersungguh-sungguh.Pertandingan ini dirasmikan oleh Puan Fauziah Binti Rhan, GPK Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu.

Wednesday 25 February 2015

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN

Pada 25 Februari 2015, telah diadakan majlis penyerahan watikah pelantikan bagi pemimpin pelajar, pembimbing rakan sebaya dan pengawas pusat sumber SMKUJ. Ia bermula pada jam 8.00 hingga 9.00 pagi.Penyerah watikan iaitu Yang Setia Pengarah Penjara Jelebu,Tuan Mohd Abdri bin Md Ridzwan tiba di dewan.Setelah itu,seluruh warga dewan menyanyikan lagu Negaraku . Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Noh B. Ghazali. Seterusnya,pengetua SMKUJ iaitu Tuan Hj Nor Hashim bin Hj Othman memberikan ucapan. Giliran Tuan Mohd Abdri Ridzwan memberi sepatah dua kata. Selepas itu, penyampaian watikah pelantikan bermula dari pengawas rakan sebaya, pengawas pusat sumber dan akhir sekali pemimpin pelajar diikuti dengan bacaan ikrar pengawas. Selesai majlis tersebut, bermulalah sesi fotografi untuk semua pengawas. Majlis diakhiri dengan bersurai.

Wednesday 4 February 2015

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2015 & Larian PPDA


Pada 23 Januari yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Kejohanan ini diadakan antara rumah sukan. Seramai 221 orang pelajar telah menyertai acara ini. Trek bermula dari padang SMK Undang Jelebu dan melalui Teriang, Kampung Gagu dan kembali semula ke sekolah. Seramai 20 orang pemenang telah dipilih daripada setiap kategori iaitu


1.Lelaki Bawah 18 Tahun
2.Perempuan Bawah 18 Tahun
3.Lelaki Bawah 15 Tahun
4.Perempuan Bawah 15 Tahun


Pada kejohanan ini, Rumah Hijau iaitu Rumah Tun Hussein Onn(THO) telah menjuarai kejohanan merentas desa ini,Sementara itu, Rumah Biru iaitu Rumah Tunku Abdul Rahman telah mendapat tempat ke-2 setelah beberapa tahun menjuarai merentas desa ini.


Berikut merupakan keputusan kejohanan mengikut rumah sukan : 

1.Rumah Hijau
2.Rumah Biru
3.Rumah Merah
4.Rumah Kuning

Berikut pula ialah keputusan mengikut kategori : 

Lelaki bawah 18 tahun

1. Mohd Hafizie 
2. Syed Alif Imran
3. Faiz Fauz Imran

Lelaki bawah 15 tahun

1. Muhd Shafirrul
2. Russdy
3. Gan Ming Wei

Perempuan bawah 18

1. Siti Hanisah
2. Nor Aliah Syahirah
3. Shamiemy Natasha

Perempuan bawah 15

1. Siti Normaziana
2. Fatin Najihah
3. Siow Jin Pei