Tuesday 17 June 2014

Lawatan ke Mahkamah Syariah Negeri Sembilan

Pada 17 Jun 2014, seramai 37 pelajar tingkatan 5 (8 pelajar terbaik dari kelima-lima kelas) dengan diiringi oleh 3 guru telah melakukan lawatan ke Mahkamah Syariah Negeri Sembilan. Bas bertolak pada jam 7.30 pagi daripada sekolah dan sampai di mahkamah pada jam 9.00 pagi. Rombongan disambut oleh Tuan Suhaizad Saifuddin, pegawai penyelidik syariah. Pelajar diberi makan pagi dan taklimat tentang tatacara berdepan dengan hakim, sedikit selok-belok tentang sejarah perkembangan mahkamah dan akta syariah serta kes-kes yang dikendalikan dan dibawah bidang kuasa mahkamah syariah. Seterusnya, pelajar dipecahkan kepada 4 kumpulan dan dibawa masuk ke 4 mahkamah berbeza untuk melihat sendiri kes-kes yang dikendalikan oleh mahkamah. Semua pelajar dikumpulkan semula pada jam 12.00 tengahari untuk sesi lawatan ke Bilik Sulh dan Galeri Mahkamah. Kemudian, para pelajar dikumpulkan semula di bilik taklimat untuk soal jawab, kuiz dan majlis penutup. Beberapa pelajar yang berjaya menjawab kuiz, diberikan cenderahati oleh pihak mahkamah. Lawatan berakhir sekitar jam 1.30 petang dan rombongan bertolak balik dan sampai di sekolah pada jam 3.00 petang.


Taklimat disampaikan oleh Tuan Suhaizad

Lawatan ke Galeri Mahkamah

Lawatan ke Bilik Sulh

Pelajar bertanya soalan

Pelajar diberi cenderahati kerana menjawab kuiz

Ust Zool (KP PI) menyampaikan cenderahati kepada pihak mahkamah


Rombongan bergambar di depan mahkamah

No comments:

Post a Comment