Wednesday 31 December 2014

Pendaftaran Pelajar

Pendaftaran Pelajar 2015

Pada 31 Disember 2014. Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu telah mengadakan sesi pendafataran Pelajar 2015 terutamaya pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan. Pada sesi pendaftaran ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu telah menerima lebihi kurang seramai 126 orang pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan. Sesi pendaftaran ini berlangsung di dewan Karisma SMK Undang Jelebu. Ibu bapa juga turut hadir bagi mengiringi anak-anak mereka. Acara dimulakan dengam ucapan oleh Encik Johar Bin Abu mewakili kesemua warga SMK Undang Jelebu. Selepas ucapan, Pendaftaran pelajar dilangsungkan bermula dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari. 


No comments:

Post a Comment