Tuesday 13 January 2015

Bantuan Khas Awal Persekolahan

Pada 13 Januari yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu telah mengadakan satu program khas untuk pelajar iaitu program Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP).Pada pukul 2 petang ibubapa pelajar dikehendaki datang sekolah untuk mengambil Bantuan Khas Awal Persekolahan.Sebelum itu, ibubapa dikehendaki mendengar taklimat yang diberikan oleh pengetua, Tuan Haji Nor Hashim Bin Haji Othman. Beliau memberi taklimat tentang Sarana sekolah dan Sarana ibubapa. Selepas itu, ibu bapa dikehendaki mengambil wang Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) di garaj mengikut tingkatan masing-masing.

No comments:

Post a Comment