Thursday 15 January 2015

ORENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 2015

        Pada awal persekolahan tahun 2015, pelajar-pelajar tingkatan 1 yang baru memasuki SMK Undang Jelebu telah mengikuti program orentasi di Dewan Karisma. Mereka diberikan taklimat daripada guru-guru tentang sekolah SMK Undang Jelebu. Pengetua juga turut memberikan beberapa ucapan kepada semua pelajar serta ibubapa yang hadir.Kaunselor-kaunselor yang terlibat ialah Puan Marzatul dan Puan Nurhayati.Slot bersama pentadbir sekolah adalah tentang mengenali Tuan Pengetua Cemerlang,GPK 1,GPK HEM dan GPK Kokurikulum.Selain itu,mereka juga diberitahu tentang taklimat mengenai disiplin yang diberikan oleh Encik Mohd Syukri.Seterusnya,Encik Wan Ali Akbar turut memberikan taklimat tentang makmal ICT kepada semua pelajar.
         Selepas tamat waktu rehat, giliran Cik Norazizan pula yang memberikan taklimat berkenaan koperasi. Selepas Cik  Norazizan selesai memberi taklimat, Puan Norasyikin memberi serba sikit maklumat tentang PSS. Kemudian, taklimat tentang SPBT diberikan oleh Pn. Salisah. Setelah selesai, Cik Chua pula menerangkan berkenaan PBS. Pada jam 11.50 telah diadakan upacara nyanyian lagu-lagu rasmi sekolah bersama Tn. Hj. Mohd Effendy. Selesai sahaja upacara itu berlangsung S/U Sukan iaitu En. Mohd Suhaimi memberikan taklimat kokurikulum tentang rumah sukan. Akhir sekali mensyuarat agung rumah sukan diadakan untuk semua pelajar SMKUJ.

No comments:

Post a Comment