Monday 5 January 2015

PERMULAAN HARI PERSEKOLAHAN

Musim persekolahan sepatutnya bermula pada 5 Januari 2015. Disebabkan berlakunya banjir di kawasan Pantai Timur, KPM telah menundakan tarikh persekolahan dari 5 Januari 2015 ke 12 Januari 2015.

Pada 12 Januari 2015, iaitu hari pertama persekolahan, warga SMKUJ berkumpul di Dewan Karisma Sekolah untuk menjalankan perhimpunan rasmi sempena hari pertama persekolahan. Semua warga SMKUJ kelihatan ceria dan kemas dengan berpakaian serba baru. Perhimpunan rasmi dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Sembilan dan lagu Sekolah.
Semua pelajar menyanyikan lagu dengan penuh semangat. Kemudian cikgu Aziratul Syida memberi sedikit ucapan tentang semasa beliau berada di Korea. 

Selepas itu, tiba masanya pengetua SMKUJ memberi ucapan. Beliau memberi taklimat berkenaan permulaan sekolah. Kemudian, pengetua diiringi oleh Puan Rosnah Binti Tabri menyampaikan sedikit bantuan merupakan wang ringgit kepada guru-guru yang menjadi mangsa banjir iaitu cikgu Nik Ahmad Zamir dan cikgu Norazizan Abdullah. 



No comments:

Post a Comment